Salah satu punca banyaknya cecair dan lendir di dalam salur nafas ialah perubahan cuaca, asap dan bau di persekitaran. Perubahan cuaca tidak dapat diatasi. Tetapi pesakit asma boleh mengelak daripada terkena angin kipas dan air con. Elakkan minum air walaupun sesekali sahaja.
Ubat
Ubat asma ialah inhaler iaitu ubat yang disedut dari pam yang berharga RM10.00 yang boleh dibeli di farmasi. Antaranyanya jenama Astalin inhaler ( RM10.00), Bricanyl inhaler( RM25.00) dan Ventolin inhaler ( RM17.00).Alternatif
- Banyakkan minum air panas agar lendir akan cair dan keluar. Sedut inhaler lama-lama agar lendir membeku dan terbatuk keluar.
- Wap air panas dengan krim Vick ke hidung.
- Duduk di tepi tingkap dan dapatkan udara yang segar dan bersih,
- Kurangkan bercakap dengan sesiapa. Tenangkan fikiran kerana jika risau, lendir akan semakin banyak.
Elakkan
- Jika anda ada memelihara kucing, anjing, arnab dan lain-lain binatang, buanglah atau beri kepada orang lain. Ini kerana anak anda cukup sensitif kepada bulu binatang. Najis kucing amat busuk dan hidung pesakit sensitif kepada sebarang bau. Bau ini akan menyebabkan saluran nafas tersumbat.
- Galakkan anak anda bersenam / joging secara terkawal tetapi jangan berlebihan. Pastikan baju dan pakaian bersenam yang bersih.
- Tanda-tanda asma dimulai dengan selesema dan boleh datang bila-bila masa sahaja terutama waktu senja. Pastilah di rumah anda 'standby' dengan ubat selesema seperti Clarinase ( RM 10.00 satu paket) atau lain-lain ubat. Simpan sebotol Vick di rumah ( RM7.00 sebotol).
- Mandi janganlah lama-lama dan elakkan mandi sesuka kati. Sebaliknya basahkan kaki terlebih dahulu dan lap-lap sahaja di bahagian kepala , muka dan tengkuk. Suhu sejuk di bilik air akan mengundang asma jika terlalu lama berada di dalam air. Mandi dengan air suam lebih baik.
- Bilik tidur mestilah adap pengudaraan yang baik dan bersih. Pastikan ada tingkap , katil tepi tingkap dan berada dekat tingkap supaya dapat menyedut udara bersih.
- Habuk, asap, jerebu , bau dan seumpama hendaklah dielakkan . Oleh itu jangan suruh anak anak menyapu sampah dan mengemas buku-buku atau permukaan yang berhabuk.
No comments:
Post a Comment